Darul Hafaizhiin Al-Furqan merupakan sebuah sekolah tahfiz berasrama terletak di Kg Sungai Salak, Batu 10, Gombak.Penubuhan Darul Haafizhiin Al-Furqan merupakan kesinambungan daripada pusat Tahfiz Darul Haafizhiin yang terletak di Keramat, KL.Darul Haafizhiin Al-Furqan telah beroperasi bermula tahun 2013. Pada tahun 2015, bangunan baru DHF telah dirasmikan oleh Almarhum Tan Sri Dato' Haji Hassan bin Haji Azhari (18 Ogos 1928 – 6 Oktober 2018) yang merupakan seorang Qari dan pakar Tajwid Al-Quran dari Malaysia.